Friday, February 12, 2016

Senarai Hadiah Untuk Suami (STANDARD)

Senarai hadiah untuk suami (STANDARD) ini menyenaraikan antara hadiah kegemaran kebiasaan para suami di luar sana. Jika anda anda tambahan bolehlah sharekan di ruangan komen di bawah.

hadiah untuk suami

( HADIAH UNTUK SUAMI )


DOMPET SAKU
Dompet atau wallet antara hadiah yang biasanya menjadi kegemaran para suami. Orang lelaki selalunya jarang akan membeli dompet yang baru. Selagi ianya tidak rosak selagi itulah mereka akan pakai dompet tersebut. Tengok keadaan dompet suami anda dan sekiranya ianya dalam keadaan yang teruk maka ia merupakan hadiah terbaik buat suami tersayang.

GAME & GADGET
Orang lelaki memang gemarkan gadget. Apa salahnya kalau anda belikan suami anda gadget smartphone terkini yang lebih up to date. Pasti si dia akan terlonjak-lonjak gembira. Belikan suami anda game seperti ps4, xbox  jika suami anda gemar bermain game.

TALI PINGGANG & TALI LEHER
Tali pinggang/tali leher juga adalah antara hadiah yang boleh anda belikan untuk suami anda. Kebiasaannya orang lelaki lebih gemarkan tali pinggang bewarna hitam atau kelabu kerana ia senang untuk dipadankan dengan seluar yang dipakai samaada untuk santai atau untuk kerja.

BAJU & T-SHIRT
Selain itu,baju juga boleh dijadikan hadiah untuk suami. Pilih warna baju kegemaran suami anda dan lagi bagus anda beli sepasang baju iaitu satu untuk anda dan satu untuk suami. Ala-ala sweet couple macam zaman anda dating dulu. 

JAM TANGAN
Jam tangan yang membuatkan suami nampak tough dan macho memang sesuai bagi suami yang kerja lasak mahupun offsite. Bagi suami yang kerja pejabat sesuai jam silver yang nampak classy dan exclusive.

HOBI & AKSESORI 
Lihat hobi suami anda dan belikan aksesori best-best bagi hobi mereka. Sebagai contoh suami anda suka berbasikal, jadi belikan dia helmet baru atau baju cycling yang mantop. Kalau suami anda suka memancing boleh belikan alatan atau joran baru.

MINYAK WANGI
Ambil tahu suami sukakan minyak wangi atau tidak. Jika suka maka belilah apa jenama pun asalkan menepati citarasanya pasti dia akan suka.