Wednesday, October 11, 2017

Qadiani Investigation in PPIM with the Department of Religious Affairs (...

Ajaran qadiani yang semakin berleluasa dan kebal daripada tindakan pihak penguatkuasa agama menarik perhatian PPIM dan GBAH bagi menghalang ajaran sesat ini daripada berkembang dan mengelirukan orang ramai.



Selain itu PPIM bertanya samaada Nasi Lemak Tanglin dijalankan oleh pengikut ajaran sesat qadiani dimana dikhuatiri seperti didakwa dilaksanakan oleh orang bukan islam.



Selain itu gabungan ngo GBAH dan PPIM akan menhadap Sultan Selangor untuk memohon Yang Maha Mulia melihat perkara ini supaya dapat dikekang



Apa?�� Siasat KPDNKK Isu Caltex - PPIM Report Suruhanjaya Integriti (Vira...

UTK PPIM diketuai oleh yusuf azmi dan dato hisyam bersama dengan abang ali dan para aktivis PPIM berjumpa dengan Suruhanjaya Integriti bagi melaporkan berkaitan isu caltex yang berpanjangan.




Pasangan Cina Sanding Ikut Adat Melayu (Viral YS #4)

Ini memang rare!! Pasangan pengantin berbangsa Cina ini bersanding ikut adat Melayu. Pengantin perempuan tu siap kecek Klate lagi. Memang hebat dan ini menunjukkan kita sebagai rakyat Malaysia bersatu dan saling menghormati dan mengagumi adat resam bangsa masing-masing. Ini bagus dalam memupuk perpaduan antara kaum



Bro Grabcar Panas Kena Game Dengan Nepal (Viral YS #2)

Seorang brader grabcar rasa panas di mana seorang lelaki nepal didapati cuba mendapatkan perkhidmatan grabcar namun tiba-tiba tidak ingin menggunakan perkhidmatan grabcar daripada brader ni.



Brader grab ni panda dan sound nepal ni sebab rasa kena game dan minta lelaki nepal tu untuk cancel booking pada apps grabcar. Ini supaya dia boleh terima penumpang lain. Tindakan nepal ini menyusahkan terutamanya bagi pemandu-pemandu grab yang mencari makan dengan memandu kereta grabcar sebagai sumber pendapatan sambilan mahupun pendapatan tetap



Busker vs Awek Cun Nyanyi Lagu Diam Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram (Viral...

Seorang awek cun nanyi lagu diam diam jatuh cinta daripada nyanyian ramlah ram. Memang sedap suara awek ni dan padanlah dengan rupanya yang cantik lagi menawan.



Mesti ramai akan  jatuh cinta selepas mendengar nyanyian awek ni.



Jangan segan tekan butang like ye.



�� Polis Cantik Nyanyi Lagu Wany Hasrita - Menahan Rindu (Viral YS)

Kugiran polis yang diketuai oleh seorang polis wanita menyanyikan lagu wany hasrita iaitu lagu menahan rindu. Sangat best dan suara polis cantik ini memang sedap dan merdu.



Dahla akak polis ni suara sedap menyanyi ditambah lagi dengan rupa paras yang cantik memang lengkap pakejnya. Tak sangka awek pdrm pun pandai menyanyi...wow cun jugak kan



Jika setuju boleh tinggalkan like dan komen ye.



Boy Iman Direman Lagi Tour Satu Malaysia (Yazidane Shah)

Dato boy iman yang ditangkap sebagai CEO DBI properties ditahan reman sekali lagi kerana terlibat dalam sindiket penipuan rumah murah ataupun lebih diketahui ramai sebagai rumah mampu milik.



Penipuan dato boy iman yang didedahkan dan dibongkar oleh PPIM sehingga tular di media sosial.



Tuesday, October 10, 2017

Dato Jamal Buat Pesta Aiskrim Pula (Yazidane Shah)

Dato Jamal Mat Yunos berpesta kali ini dengan membuat pesta aiskrim bagi menbantah pesta arak yang katanya cuba dianjurkan dan disokong oleh kepimpinan negeri selangor terutamanya azmin ali.



Lihat dan dengar penjelasan dato jamal mengapa beliau mengadakan dan mewujudkan pesta aiskrim ini



Abang Ali PPIM Nak Jadi BRANDAL (Yazidane Shah)

Abang ali mengatakan bahawa beliau bercita-cita semasa kecil ialah ingin menjadi brandal. Apa itu brandal dan kenapa abang ali ingin jadi brandal kita tak tahu dan anda perlu tengok video ini untuk tahu apa itu brandal dan bagaimana kisah abang ali semasa kecil



Kisah abang ali ini diceritakan semasa temuramah bersama sebuat stesen radio tempatan bersama sahabatn karibnya di ppim iaitu saudara yusuf azmi



Iwan Dangdut Kini Lagi Hebat (Yazidane Shah)

Iwan dangdut yang suatu dahulu dengan lagu dangdut sudah berubah dan kini menjadi orang yang ingin menuju ke jalan Allah. Iwan dulu adalah antara artis dangdut lelaki yang popular suatu masa dahulu



Yusuf Azmi Jawab Kenapa Polis Tangkap Isu Pusat Judi -PPIM (Yazidane Shah)

Baru-baru ini tular dan viral video Yusuf azmi ditangkap polis isu pusat judi.



Nampaknya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan PPIM terutamanya pengarah unit tindakan khas PPIM.



Semakin banyak fitnah dan tohmahan dilemparkan bagi menjatuhkan mereka.



�� TMJ Bagi Bonus RM30 Ribu Jika Kalahkan Hongkong -Kelayakan Piala Asia ...

TMJ akan memberikan bonus kepada para pemain sebanyak Rm30 Ribu sekiranya menang menentang Hong Kong di mana pasukan bola sepak Malaysia akan bertemu Hong Kong bagi menentuka hidup atau mati pasukan bola sepak negara kita iaitu harimau malaya dalam kelayakan Piala Asia.



Tunku Ismail Sultan Ismail menyatakan bonus kemenangan 30 ribu itu akan diberi sekiranya harimau malaya mencatat kemenangan ke atas hong kong



Monday, October 9, 2017

PPIM Ada Silat -Sapik Kalo Ilmu Pertahanan Diri (Yazidane Shah)

(JELAS) Sidang Media PPIM Kes Doktor Gigi Palsu-Kenyataan Rasmi PPIM (Ya...

Pihak PPIM diketuai Tokki atau lebih dikenali sebagai tokki atau Datuk Nadzim Johan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan tohmahan semua pihak bahawa pihak PPIM menyokong dan membela Fara Hanis yang dituduh mengadakan klinik pergigian tanpa lesen dan dianggap ramai sebagai doktor gigi palsu.



Gadis tersebut telah didapati dan mengaku bersalah dan telah dibebaskan setelah menbayar denda sebanyak rm70,000. Timbul isu bahawa PPIM memungut dana bagi membayar denda tersebut. Dengar dan hadam semua apa yang dijelaskan oleh pihak PPIM sendiri.



Tuduhan ramai terhadap PPIM dilihat sebagai usaha pihak-pihak yang bencikan ppim dan inginkan ppim dijatuhkan secepat mungkin. Ini ibarat satu tuduhan yang tidak benar dan netizen ini lupakan jasa PPIM selama 20 tahun ditubuhkan.



Bikers Dragon 76 Mengaku Kutip Dana Bebas Doktor Gigi Palsu (Yazidane Shah)

PPIM telah dituduh membayar denda Rara iaitu Doktor Gigi Palsu sebanyak RM70,000 dan sebenarnya yang membayar dan mengumpulkan dana tersebut ialah Bikers Dragon 76 kerana Fara Hanis adalah anak kepada sahabat mereka.



Wakil Dragon 76 telah mengaku semua ini adalah salah paham sehingga netizen menyerang pihak PPIM.



Ucapan Dari Fara Hanis Selepas DiBebaskan Dari Penjara (Yazidane Shah)

Fara Hanis yang telah di dakwa bersalah di makhamah atas tuduhan menjadi doktor gigi palsu telah menjalani hukuman penjara selama 6 hari sebelum sekumpular kelab permotoran membantu membayar denda rm70000 bagi membebaskannya.



Namun pembebasannya menyebabkan PPIM diserang netizen kerana dianggap membela pesalah. Sedangkan pihak yang membantu adalah kelab motor dragon 76 dan sebuah NGO yang kebetulan nama hampir sama dengan PPIM iaitu PPIEM.



Ucapan Dari Fara Hanis Selepas DiBebaskan Dari Penjara




Talkin Ustaz Abdullah Khairi Buat Ibunya (Yazidane Shah)

Ucapkan innalillah buat ibu ustaz abdullah khairi. Smoga roh ibunya dicucuri rahmat dan diampuni dosa oleh Allah s.w.t.



Disini kami kongsikan video talkin ustaz adbullah khairi buat ibunya tercinta buat teladan kita semua.



Sunday, October 8, 2017

Isu PPIM Bantu Doktor Gigi Palsu (Yazidane Shah)

Ustaz Halim PPIM menerangkan berkaitan isu PPIM memberi bantuan kepada doktor gigi palsu. Kata ustaz PPIM mempunyai banyak biro dan ianya dilakukan oleh sesorang/sesuatu biro dan mereka tidak mengetahui perkara tersebut dengan jelas. Namun anda dengar dahulu penjelasan mereka



Jangan Call Nak Bunuh - Datang Tembak Je Terus - Yusuf Azmi PPIM (Yazida...

Yusuf Azmi mengatakan dia ada terdetik hati untuk berhenti dan bergerak sendiri namun apa bezanya dia sendiri atau bersama PPIM. Perjuangannya tetap sama dan dia tidak membawa nama dirinya dan hanya berjuang kerana Allah



Friday, October 6, 2017

SEPAHTU PPIM Bergabung SIRI JELAJAH SEMBOYAN 1MALAYSIA Edisi Melaka

Assalamualaikum, Salam Semboyan1Malaysia, salam penghulu segala hari.

Jangan lupa temujanji anda bersama untuk temui kami di SIRI JELAJAH #SEMBOYAN1MALAYSIA Edisi Melaka pada malam ini.



Tempat : Tesco, Melaka Sentral

Waktu : 8.30 Malam / 7 OKTOBER 2017

Kunjungi booth kami untuk mendaftar sebagai ahli sukarelawan Briged Pengguna Unit Tindakan Khas PPIM.



ANDA JUGA BERPELUANG BERAMAH MESRA DENGAN KEHADIRAN:

- YUSUF AZMI

- USTAZ ABDUL HALIM

- ABANG ALI



PENAMPILAN DAN UNDANGAN KHAS:

- SEPAHTU



Rugi RM500 Juta Labur Dalam Kongsi Makan (Yazidane Shah)

Ramai orang tertipu melibatkan ratusan juta ringgit di mana kebanyakan pengguna tertipu dengan pelaburan Kongsi Makan yang dipayungi oleh orang mempunyai gelaran dan pangkat.



Orang berpangkat dato mahupun datuk ramai telah menyalahgunakan kelebihan yang diberikan di mana ada melibatkan diri dan ada juag menganjurkan skim atau pelaburan cepat kaya. Perniagaan berasaskan penipuan ini menyebabkan ramai tertipu melibatkan kerugian melebihi rm500 juta.



Rugi RM500 Juta Labur Dalam Kongsi Makan.



Datuk & Tan Sri Sila Tarik Diri Daripada Pelaburan Menipu - Amaran PPIM ...

Peguam PPIM iaitu Dato Hisyam mengeluarkan kenyataan bahawa kepada datuk-datuk dan tan sri tansri jika ada terlibat dalam syarikat-syarikat yang melaksanakan penipuan dan skim cepat kaya semoga cepat-cepat tarik diri sebelum dibongkarkan oleh PPIM.



Ini kerana jika masih melibatkan diri dalam syarikat atau skim penipuan pihak PPIM yang diketuai oleh biro tindakan khas PPIM Yusuf Azmi tidak akan teragak-agak untuk membongkarkan penglibatan mereka yang mendalangi dan menyokong penindasan dan penganiayaan terutamanya kepada pengguna Islam melayu.

Ah Long Langsi RM60,000 Kasi PPIM (Yazidane Shah)

“AHLONG SANGGUP BERI RM60,000 SEBULAN SUPAYA KITA JANGAN BUAT KERJA”

Nadzim Johan - Ketua Aktivis PPIM

.

Saksikan Pendedahan & Cabaran yang dilalui aktivis PPIM dalam membela Hak & Maruah pengguna di Malaysia!



Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ahlong, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.



Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan lebih 10,000 kes Ahlong sejak tahun 2007 yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama.



Sebaik Sahaja Anda Meminjam, Seumur Hidup Anda Berhutang!

Bagi Mendapatkan Bantuan,



Hubungi:

Unit Banteras Ceti Haram,

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.

013-3071 999 / 019-3458 444

03-4257 7222 / 03-4256 6618



Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari:

ahlong.ppim.org.my

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.



PPIM- Dari Lembah Kebodohan ke Kota Cahaya (Yazidane Shah)

PPIM dalam program sembang santai Yusuf Azmi dan Ustaz Halim berkongsi ilmu dan pengalaman bagaimana keluar dari lembah kebodohan ke kota cahaya.



Mari ramai-ramai sokong perjuangan PPIM terutamanya UTK PPIM yang dilihat sebagai pejuang kebenaran dan pejuang keadilan buat pengguna yang ditindas dan ditipu.



Di sini yusuf azmi kongsikan dari mana mereka datang keberanian menghadapi semua peniaga dan peminjam yang khianat kepada pengguna disamping menindas dan menganiaya pengguna dan peniaga.



Ustaz Halim kongsikan kisah hijrah dari lembah kebodohan ke kota cahaya. Sangat menarik dikaitkan dengan masa kini.



Kenapa Tengok Sinetron Boleh Kena Sakit Jiwa (Yazidane Shah)

Adakah anda peminat sinetron indonesia? Anda pasti paham bahawa sinetron daripada indonesia mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan adakalanya terlampau mengasyikkan sehingga sekiranya anda terasa benci akan sesuatu watak itu anda akan benci sebencinya sedangkan ianya hanya lakonan semata-mata.



Di sini kami kongsikan satu video yang bakal menerangkan satu elemen utama dalam sinetron yang boleh membuatkan anda sakit jiwa dan mental.



Tips Cepat Jodoh - Rahsia Untuk Dapat Jodoh Cepat (Yazidane Shah)

Adakah anda rasa anda susah untuk mendapat jodoh. Anda rasa kerap dikecewakan dan kerap putus cinta. Jangan risau apakata anda dengar dulu tips cepat jodoh daripada Imam Muda Ashraf ini. InsyaaAllah sedikit sebanyak boleh membantu anda dalam mendapatkan jodoh yang terbaik buat anda.



Kemain Pak Long Gelek - Kang Kena Perambat Ngan Mak Long (Yazidane Shah)

Thursday, October 5, 2017

PPIM caj 10% kepada pengadu - PPIM Menipu Atau DiFitnah (Yazidane Shah)

Terdapat aduan dan fitnah sedang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dimana PPIM mengenakan caj 10% bagi setiap kes yang diadukan kepada mereka.

Mari kita dengan penjelasan daripada saudara Yusuf Azmi PPIM berkaitan isu-isu berbangkit dan fitnah-fitnah yang disebarkan dengan tujuan menjatuhkan PPIM.

Ayat Pickupline Awek Terbaik (Yazidane Shah)

Ayat pikupline yang awek guna untuk anda. Memang terbaik. Khas untuk jantan-jantan di luar sana mesti suka.



Nak awek cun lagi comel tapi tak pandai mengayat. Apa kata tengok video ni dan belajar pickupline terbaik



PPIM Bongkar Penipuan Mymi1 International (Yazidane Shah)

Video PERJUMPAAN DENGAN MANGSA ISU PENIPUAN MYMI1 INTERNATIONAL. PPIM menerima aduan berkaitan penipuan Mymi1 International melibatkan ratusan mangsa tertipu dengan skim pelaburan yang akhirnya tidak memberi hasil



Nak Popular Sanggup Fitnah PPIM (Yazidane Shah)

Seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan PPIM menunjukkan video dia memotong kad keahliaan PPIM sebagai tanda protes. Punca sebenar masih tidak diketahui namun ada yang mengatakan bahawa ini adalah salah satu cara orang yang tidak suka tindakan PPIM membela pengguna yang ditipu dan mengharapkan PPIM jatuh dan tidak disokong ramai

Jamal Yunos Pecahkan Botol Arak Depan Pagar SUK Selangor (Yazidane Shah)

SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membawa 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri itu.



Jamal yang tiba bersama kira-kira 10 anggotanya, bagaimanapun dihalang memasuki bangunan berkenaan oleh pengawal keselamatan.



Beliau kemudian bertindak memecahkan kesemua botol minuman keras itu di depan pintu masuk utama bangunan tersebut.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita, Jamal berkata kerajaan Selangor tidak sepatutnya menggalakkan rakyat berpesta dengan minuman keras.



Menurut Jamal, beliau hanya membantah pesta arak dan bukan mahu menafikan hak orang bukan Islam untuk minum minuman keras.



"Orang bukan Islam bebas untuk minum bir, minumlah banyak mana pun di rumah, kedai minuman dan pusat hiburan tiada siapa halang," kata Jamal.



Semalam Mohamed Azmin dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).



Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan dan menasihatkan MPK untuk tidak membenarkan penganjuran acara tersebut.



Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pula mengakui pihaknya menangguhkan kelulusan permit sementara penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya kebenaran daripada pihak polis.



Sumber : Astro Awani

Latihan JMF Mengalahkan Komando (Yazidane Shah)

JMF ataupun lebih dikenali sebagai Johor Military Force ataupun Askar Timbalan Setia Negeri Johor menjalani latihan seperti anggota komando sebenar.



Antara latihan seperti urban warfare, latihan menembak, latihan close combat dan banyak lagi. Jom tengok TMJ atau Tengku Mohkota Johor memperkenalkan JMF kepada kita.

Wednesday, October 4, 2017

Tak Terima Duit Untuk Ceramah - Ustaz Halim PPIM (Yazidane Shah)

Ustaz halim daripada PPIM memberi tazkirah yang sangat bagus dan menarik untuk dijadikan iktibar dan teladan kita semua. Bagaimana kita perlu memberi salam kepada orang yang kita tidak kenal dan banyak lagi yang boleh kita teladani.

Danial Lawak Solo Cerita Bagaimana Ditipu Umar Juta Kelulut (Yazidane Shah)

Daniel Lawak Solo dan ibunya menceritakan bagaimana mereka ditipu rakan baik daniel dan memberikan duit kepada umar. Umar tidak memulangkan semula duit ibu daniel walaupun pelaburan yang dibuat dijanjikan keuntungan.



Setelah lama berdolak dalih namun umar tetap menipu dan tidak memulangkan duit mereka



Abang Ali Seluar Berdarah Suatu Ketika Dahulu (Yazidane Shah)

Ustaz Halim menceritakan bagaimana PPIM berdakwah kepada golongan kongsi gelap supaya kembali ke pangkal jalan. Antara kisahnya ialah kisah abang ali kembali ke jalan yang benar selepas di bawa ke Mekah.



Taiko PPIM Adinda Khairul & Abang Ali PPIM (Yazidane Shah)



Adinda Khairul dan Abang Ali PPIM nak sampaikan pesanan khidmat masyarakat kepada semua rakyat Malaysia. Perjuangan menegakkan keadilan buat pengguna memang sesuatu yang sukar namun perlu ada orang yang perlu bertindak.

Tuesday, October 3, 2017

Polis Letupkan Kotak Hitam Di Pavilion (Yazidane Shah)

Kotak hitam Detected di PAVILION Kuala Lumpur... Terdapat kotak hitam yg ditiggalkan dlm keadaan mncurigakan !!!! Berjaya di kesan & diletupkan dgn bom pemusnah oleh Unit Pemusnah Boom !!! Baru berlaku kira2 jam 1.50am td !!! Kejadian masih dlm siasatan & tiada bahan letupan dikenalpasti...



PPIM Dedah Pusat Judi Depan Balai Polis (Yazidane Shah)

Ustaz Halim dan Yusuf Azmi menyatakan rasa kecewa kerana mendapati pusat judi haram berleluasa di seluruh Malaysia. Sebagai contoh ada pusat judi yang beroperasi di hadapan balai polis dan ada rasuah yang melibatkan kakitangan awam dan penguatkuasa.



Kebalnya pusat judi ini mungkin disebabkan ada yang membayar dan ia seharusnya ditangani dengan baik. Mungkin hanya sedikit yang menerima rasuah namun kerana sedikit semua penguatkuasa dituduh dan busuk nama kerana mereka.



Kredit video kepada zonkuliah.



Perkongsian ini adalah supaya disebarkan kepada ramai untuk kesedaran kepada orang ramai akan bahayanya judi  danseangkatan dengannya

GBAH dan UTK PPIM Bantah Tubuh JITN (Yazidane Shah)

Penubuhan JITN mendapat tentangan dan bantaha daripada orang ramai terutamanya GBAH dan UTK PPIM. Penubuhan JITN ini dianggap satu pembaziran dan boleh disalahguna bagi mengganggu tugas-tugas sedia ada oleh SPRM.



Pengarah SPRM juga tidak bersetuju dengan penubuhan JITN ini.



Selain itu PPIM dan GBAH menandatangani petisyen bagi menyatakan kesatuan suara bagi membantah akan penubuhan jabatan jitn yang diragui fungsinya itu.

Ayahanda Che Ton Panas Boy Iman Petik Nama (Yazidane Shah)

UTK PPIM bersama Ayahanda Che Ton menjawab akan dakwaan boy iman bahawa Ayahanda Che Ton adalah di belakang boy iman. Di sini Yusuf Azmi iaitu pengarah unit tindakan khas PPIM memohon maaf kepada Ayahanda atas salah faham yang berlaku.



Salah paham ini timbul apabila boy iman memetik nama orang-orang terkenal dan berpengaruh dengan tujuan menakut-nakutkan orang ramai

Yusuf Azmi Minta Tangkap Akauntan dan Isteri Boy Iman (Yazidane Shah)

Aktivis pengguna iaitu Yusuf Azmi PPIM mengulas bahawa insteri dan akauntan boy iman juga perlu ditahan untuk membantu siasatan berkaitan penipuan rumah mampu milik yang dilakukan oleh juta kelulut global resource dan dbi properties yang dimiliki oleh dato boy iman

Monday, October 2, 2017

Polis Tangkap Boy Iman Akhirnya (Yazidane Shah)

Akhirnya boy iman yang asyik menafikan bahawa syarikatnya iaitu dbi properties melakukan penipuan telah ditahan polis pada hari semalam bagi membantu siasatan.



Dato boy bersama 2 rakan suhabat daripada juta keululut resources turut ditahan bagi membantu siasatan

Kantoi Akhirnya-Boy Iman Ditahan Polis Akhirnya (Yazidane Shah)

Dato boy iman akhirnya ditahan polis setelah berhempas pulas menegakkan benang yang basah.



Gimik teknik dan taktiknya akhirnya dihidu pihak berkuasa dan seterusnya menahannya untuk siasatan lanjut. Selain itu pengarah urusan dbi properties itu ditahan bersama pemilik juta kelulut resources. Polis menangkap dan menahan dato boy iman berlandaskan 188 laporan polis terhadap boy iman yang telah mereka terima



Tindakan polis ini adalah berlandaskan tindakan pendedahan oleh Yusuf Azmi PPIM bersama aktivis PPIM yang lain. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat sehinggalah task force penipuan rumah diwujudkan.



Punca Brake Pad Cepat Habis atau Makan Sebelah (Yazidane Shah)

Punca brake pad cepat habis atau makan sebelah. Brader ni bagitahu punca utama jadi macam tu dan cara untuk bersihkan. Apa yang penting anda perlu pastikan bila servis tengok pomen buat kerja dan bersihkan satu batang ni.



Kredit: Apengg Impian

Lebih 50 Maut Dalam Serangan Bersenjata di Las Vegas (Yazidane Shah)

Amerika - Lebih 50 terbunuh dan 200 cedera dalam satu serangan bersenjata di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas dalam kejadian hari ini.



Kejadian itu menjadikannya sebagai insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah A.S. moden.



Menurut beberapa video dari saksi yang dimuat naik ke media sosial, dapat didengar tembakan tanpa henti dilepaskan oleh penembak yang disifatkan sebagai 'lone wolf' oleh pihak berkuasa.



Dapat dilihat orang ramai bertempiaran lari apabila tembakan dilepaskan.



Penembak itu dikenali sebagai Stephen Paddock, seorang penduduk di Mesquite, Nevada yang berusia 64 tahun.



Insiden itu mengambil tempat ketika penyanyi Jason Aldean sedang membuat persembahan di atas pentas di kawasan berkenaan.



Menurut Telegrahp, lelaki itu 'menyembur' peluru dari tingkat 32 di Mandalay Bay sehinggakan ada pengunjung yang menyangka ianya persembahan bunga api. Motif kejadian masih belum diketahui.

Sidang Media DBI Technology - Bini Boy Iman Cabar Tampar (Yazidane Shah)

Yusuf Azmi PPIM bersama KEY dan aktivis PPIM yang lain cuba untuk masuk ke sidang media dbi technology yang dimiliki oleh Dato Boy Iman namun dihalang oleh pengawal yang berkawal di pintu masuk.



Selain itu, isteri boy iman sempat bertegang leher dengan PPIM dan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak PPIM bahwa dakwaan suaminya iaitu boy iman menipu orang ramai berkaitan rumah mampu milik. Selain itu Bini Boy Iman Cabar Tampar yusuf azmi untuk menamparnya seperti dia menampar umar.



Kes ini semakin sukar dan setakat ini task force yang telah diwujudkan masih belum menyoal siasat atau mengambil tindakan terhadap dato boy iman.



Harapan kami adalah supaya orang ramai sedar dan elakkan daripada terjebat menjadi mangsa kepada sindiket perumahan rumah mampu milik dimana harga yang ditawarkan tidak masuk akal dan boleh menjurus kepada penipuan.



PPIM Sertai Sidang Media DBI Technology Boy Iman (Yazidane Shah)

DBI Technology akan mengadakan sidang media mendedahkan kebenaran dan menepis dakwaan dbi menipu dalam penjualan rumah mampu milik.



Pihak PPIM bersama KEY hadir dan cuba masuk namun sidang media yang diharapkan berlangsung oleh pihak dbi masih belum diadakan.



Sidang media berani kerana benar dbi ini diadakan di hotel DPalma Ampang

Sunday, October 1, 2017

Polis Siasat Kenyataan PPIM Dakwaan Rasuah Pegawainya (Yazidane Shah)

Pihat polis johor akan mengadakan siasatan berkaitan dakwaan PPIM bahawa ada segelintir pihak polis johor yang menerima rasuah daripada pusat judi untuk beroperasi.



Dakwaan rasuah ini adalah tuduhan yang serius dan jika ia benar pihak pdrm akan mengenakan tindakan yang tegas terhadap mereka yang terbabit

Panas Yusuf Azmi PPIM Bantah JITN (Yazidane Shah)

Yusuf Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas membantah penubuhan Jabatan Integriti Malaysia(JITN) kerana bagi pendapatnya JITN tidak perlu diwujudkan kerana SPRM sudah sedia wujud.



Apa yang perlu ialah perubahan dan pembaikan seperti penambahan anggota SPRM di mana penguatkuasa SPRM hanya berjumlah 1900 orang sahaja. Penambahan anggota perlu kerana untuk menjaga satu malaysia. Petisyen dan bantahan penubuhan JITN akan diadakan pada 3 oktober 2017.